Monday, January 19, 2009

Paeblo Espanol di Palma de Mallorca

Semasa di Palma de Mallorca NMM Siregar dan A.H.Roslan Harahap mengambil kesempatan mengunjungi Paeblo Espanol. Tempat ini tidak jauh dari hotel kami (Isla Mallorca),hanya sepuluh minit berjalan kaki.
Paeblo Espanol ialah satu kawasan perumahan yang mempunyai berbagai kategori rumah,bangunan (flat)dan istana yang dikumpulkan dalam satu tempat.Bangunan-bangunan yang ada disini mewakili setiap negeri atau daerah yang ada di negara Sepanyol, seperti Istana Alhamra di Granada, Toledo,Barcelona dan sebagainya.Kalau di Malaysia macam Taman mini Melaka atau Taman mini di Jakarta.Kebanyakan bangunan disini mempunyai ciri-ciri senibina zaman kerajaan Rom dan Islam.
Uniknya,sebahagian daripada bangunan/rumah atau istana ini ada penghuni tetap. Mereka terdiri daripada orang kaya dan bangsawan. Mereka membantu menyumbang perbelanjaan penyelengaraan kawasan tersebut. Setiap pengunjung dikenakan bayaran. Harganya berpatutan. Untungnya,kami dapat melihat senibina atau senireka bangunan yang ada di Sepanyol dalam satu tempat sahaja. Memang cantik tempat ini dengan purata suhu 18 darjah celcius dan beriklim mediterranean, tidak terasa penat semasa mengelilingi kawasan ini. Menurut penduduk tempatan, kalau raja dan kerabat Sepanyol datang ke Palma de Mallorca, mereka akan menetap disini.
Dibawah ini terdapat sebahagian daripada gambar-gambar di Paeblo Espanol.



















No comments: