Sampai di Gare Angouleme, tumpuan utama kami ialah mencari hotel. Tidak jauh dari stesyen keretapi ini, kami nampak ada sebuah bangunan. Oleh kerana keletihan, tanpa membuang masa kami terus ke hotel tersebut. Kalau tak salah namanya, Station Hotel. Hotel ni tak punya bintang, hotel biasa aje tapi harganya euro 80 semalam. Lebih kurang RM 360 duit Malaysia. Kami terpaksa menginap di hotel kerana anak kami, Luqman Harahap, tidak ada di Angouleme pada waktu itu. Luqman dan kawan-kawannya pergi menghadiri perjumpaan hari raya di Tolouise. (Luqman bertolak ke Perancis, selepas 2 minggu menunaikan ibadat puasa di Malaysia). Semua pelajar Malaysia yang ada di Perancis berkumpul disini untuk jamuan Hari Raya. Dari Toulouise mereka ke Tour, mengunjungi kawan- kawan yang satu batch (sama-sama datang), semasa mereka di INTEC dulu. Luqman sudah memaklumkan terlebih dahulu kepada kami sewaktu kami di Malaysia lagi.
Di hotel, kami menghadapi masalah semasa mendaftar. Hotel ini di punyai oleh sepasang suami isteri warga tua. Makcik dan Pakcik, tuan punya hotel ni, tak tahu langsung berbahasa Inggeris, walau broken english sekali pun. Dalam hati bertanya, “macam mana mereka boleh membuka perniagaan ini........., atau mungkin hotel ini untuk orang Perancis/tempatan sahaja....?” kata hati. Kami terpaksa menggunakan bahasa ”ayam itik” dan pergerakan tangan. Walaubagaimanapun, layanannya tetap ramah dan mesra, saya puji. Kami tergelak bila dia bertanya, katil mana yang kami mahu. Puas lah di menerangkan kepada kami , kami tak faham dia, dan dia pun tak faham kami. Nak tahu macam mana akhirnya.....?, Makcik ni lukis, katil besar satu dan katil bujang dua, ooooh..........., dia gelak, kami pun gelak. Kami tunjukkan katil yang besar tu. Yang kami ingat, perkataan yang selalu keluar dari mulut Makcik ni, ”deko.., deko..., deko..., Bunyinya lebih kurang macam tu lah, tak tahu pulak ejaan yang sebenarnya. Rupanya menurut kata anak kami, Lugman, ia bermaksud ya.., ya.., ya.. (tahu kemudian). Kami pun naik ke tingkat atas hotel dengan ditemani oleh suami nya.
Letak beg, mandi dan rehat lebih kurang, perut mula berkeroncong. Jam menunjukkan hampir pukul 7 malam. Hari dah gelap, musim sejuk waktu siangnya cepat berlalu. Kami turun kebawah untuk mencari makanan. Kami berjalan-jalan sekitar kawasan hotel. Tidak jauh dari situ, kami nampak ada sebuah kedai kebab yang bertanda halal. Kami terus menghala ke arah kedai tersebut dan memesan makanan untuk di bawa pulang. Kedai ini dimiliki oleh orang Pakistan. Sementara menungu makanan siap, kami terhibur menonton dan mendengar VCD Bollywood yang dipasang oleh pemilik kedai. Rasa macam masuk restoran mamak pulak....,. Setelah mendapat makanan yang kami pesan, kami pulang ke hotel. Dalam keadaan perut yang kosong, kami makan penuh selera. Sejam selepas itu kami pun melelapkan mata.
Esoknya, lebih kurang pukul 8.30 pagi, kami keluar untuk survey rumah Luqman, anak kami. Semasa menyerah kan kunci (key drop), satu lagi kejadian lucu terjadi............,. Makcik yang punya hotel, nak bagi tahu...., antara pukul 5-6 petang waktu tempatan, dia nak tutup pintu masuk utama sekejap (main entrance). Dia nak kemas satu bilik di atas hotel ni. Puas lah di menerangkan, siap lukis lagi..., kata dia, malam nanti kami boleh tidor di hotel. Nak terang kan tidor tu....., dia tangkupkan kedua-dua belah tapak tanggan dia, letak kat pipi, sambil melentukkan kepalanya, faham lah kami...., tidor maksud dia. Masalah makcik tu selesai.
Kami bertanya pula, macammana nak pergi ke rumah anak kami Luqman, dengan menunjukkan alamat yang diberi. Dengan senang hati, suami makcik tadi, ambil map bandar Angouleme dan terangkan..., kami agak-agak aje lah. Sama juga masalahnya......, masalah bahasa. Dia gelak, kami pun gelak...,.
Setelah itu, pencarian kami pun bermula. Sebelum itu, kami singgah di cafe stesyen keretapi untuk bersarapan. Kami makan sandwich tuna, muffin ,buah-buahan dan minum kopi. Berpandukan peta yang diberi, tak dapat nak mengagak berapa jauh rumah anak kami ini. Menurut kata Pakcik hotel tu tadi...., 20 minit berjalan kaki, sampai lah. Jalan...... dan terus berjalan, berpandukan apa yang diterangkan , dan dengan apa yang kami faham. Sambil berjalan, sambil bertanya kepada sesiapa juga yang kami temui, dengan menunjukkan alamat yang diberi. Jalan....., dan terus berjalan, kaki saya dah terasa sakit. Saya cadangkan kepada hubby, ambil teksi sahaja. Hubby menolak. Kata dia, belum tentu pemandu teksi tahu tempat tersebut. Kebetulan waktu itu, tak nampak sebuah teksi pun, kami kehairanan....?. Sambil berjalan hubby berkata, “kita ni, macam orang tua dari kampung, datang ke Kuala Lumpur (bandar besar), nak mencari anak yang tak ketahuan di mana tinggal nya”. Macam dalam cerekarama kat tv tu lah. Siap hubby berdailog, “Pakcik dan Makcik ni...., nak cari anak kami......, Luqman, tau dak kat mana...? (loghat Kedah), saya tergelak.
Akhirnya kami sampai di satu kawasan apartment yang baru dan cantik. Berpandukan alamat dan nombor rumah, kata hubby, ini lah tempat nya. Saya menafikan. Saya berkata, “masakan student tinggal di Apartment secantik ini”, kami perang mulut sekejap, sekejap aje..., Hehehe........
Saya katakan begitu berdasarkan pengalaman semasa mengikut hubby belajar di Wales, United Kingdom dulu. Apartment kami berusia lebih dari 100 tahun (1809), dari luar nampak macam “rumah hantu” aje, tapi di dalam..., boleh tahan.

Saya tak percaya...., saya ajak hubby jalan lagi ke depan. Kalau ikut turutan nombor rumah yang ada ditepi jalan tu.., memang..., kami dah terlepas nombor rumah Luqman. Kami berpatah balik ke belakang (tak jauh). Kami nampak seseorang di hentian bas berhadapan apartment tadi, dan beliau sedang bercakap menggunakan handphone. Kami menghampirinya untuk bertanya. Kami dengar dia berkata (dalam handphone), “ko kata, mak ko, nak datang esok...”, memang sah, orang Malaysia, bisik hati.
Tidak perlu bertanya.., Mustaqim, memperkenalkan diri, senior student di situ. Mustaqim mengajak kami ke apartment dan ke biliknya.. Kami menurut aje. Kata Mustaqim, junior-junior dia tu,(Luqman dan kawan-kawannya) akan balik petang ini juga. Berehat sebentar di bilik Mustaqim, perut mula berkeroncong. Sudah masuk waktu makan tengahari. Perut perlu diisi. Kami ajak Mustaqim dan seorang lagi kawannya (lupa nama) ke pekan untuk makan. Dari apartment mereka ke pekan Angouleme kami mengikut jalan pintas. Kami berjalan kaki dan menaiki bukit. (pekan Angouleme ni terletak di atas bukit). Tak terasa letih pun, sebab dah jumpa rumah Luqman, anak kami.
Sebenarnya, perkhidmatan bas dan teksi tak ada hari itu. Cuti Bank Holiday. Bank Holiday ni, bermaksud cuti sehari, antara musim ke musim. Ia menandakan masuknya musim baru. Contohnya dari musim luruh (autum) ke musim sejuk (winter), musim sejuk ke musim bunga (spring), musim bunga ke musim panas (summer).
Sampai di pekan Angouleme, kami terus menuju ke restoran “kebab”. Kami belanja Mustaqim dan kawannya makan tengahari sambil besembang. Disini baru kami tahun, handphone Luqman kehabisan bateri. Sebab itu, pangilan kami tak berjawab, sejak kami di Palma de Mallorca lagi. Kami terputus hubungan.
Perut pun dah kenyang, kami di bawa berjalan-jalan di sekitar pekan Angouleme. Besar juga pekan ni. Mustaqim menjadi pemandu pelancong kami sekejap. Kami di bawa ke Mall yang baru di buka. Banyak juga kedai di dalam Mall ni. Selepas melawat pekan Angouleme ni, kami berpisah. Mustaqim dan kawannya meminta izin, untuk pulang ke apartment.
Untuk menghabiskan masa, kami patah balik ke Mall tadi. Nak balik ke hotel..., hotel dah tutup. Kami window shopping sekejap. Untuk kenang-kenangan, jangan tidak saya beli beg tangan. Sedang-sedang aje harganya, berjenama Lancaster, berharga €150 dan hubby, membeli brief case.
Hari dah hampir petang, sejam lagi, keretapi yang Luqman naiki akan sampai. Kami terus ke stesyen keretapi. Sambil minum kopi, kami menjadi “pemerhati” di stesyen tersebut, dan kami juga “diperhatikan”. Agak lama juga kami menunggu. Hati berkata-kata lagi, “ini dah jadi terbalik, bukan Luqman yang tunggu kami di Angouleme, kami yang tunggu dia pulak...., tak mengapa lah....”, pujuk hati. Demi anak, saya sanggup. Tidak lama kemudian, jam menunjukkan pukul 6.30 petang. Keretapi yang ditunggu-tunggu dah tiba. Hati berdebar-debar...., rindu nak jumpa anak. Walaupun baru 11/2 bulan berpisah. Dari jauh kami nampak Luqman dan kawan-kawannya. Tiba-tiba saja....., dengan suara yang kuat, saya menjerit memanggil namanya. “Ayonggggg.............”, tempik saya, di pun menoleh. Dia datang mendapatkan kami. Berlaku lah drama sedih sekejap, saya menangis kegembiraan dan memeluknya. Bersambung...........
No comments:
Post a Comment