Monday, November 17, 2008

Negeri di bawah Bayu I

Minggu lepas, 11-13 November 2008, NMM Siregar pergi ke Kota Kinabalu Sabah. Pergi bersama A.H.Roslan Harahap, atas urusan penyelidikan bersama Amanah Ikhtiar Malaysia. Setelah 14 tahun ditinggalkan, Sabah (Kota Kinabalu) sudah banyak berubah. Bandaraya KK kini bersih, cantik dan lebih teratur. Sempat dinner di water front sempena ulang tahun perkahwinan ke-20 (dipercepatkan!). Makan simple aje...nasi goreng kampung Sabah, nasi goreng Sarawak dan Asian Curry Delight. Sedaaap... sambil menikmati matahari terbenam! Romantik la juga, walaupun hanya makan nasi goreng! Candle light disediakan percuma!







Sempat juga berjalan-jalan di pasar "Filipin" dan pasar ikan ditepi laut.



Zul Angah datang ke Bagas Na Gambir

Hari Jumaat lepas, 14 November 2008, Zul Angah (Angah Basariah) bersama keluarga datang ke Bagas Na Gambir. Jumpa mereka di sekolah Iqbal Harahap, Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabuddin, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Anak mereka, Najwa, pun sekolah di situ. Dari sekolah kami singgah dirumah Intan, di Sungai Petani. Kemudiannya terus ke Jitra. Bila balik, nak makan apa? Orde makanan kat 1-300-882525 la! Hantar kat rumah lagi....pizzza!






Tuesday, November 4, 2008

Bunga Markisa di Taman NNM Siregar

Di belakang Bagas Na Gambir, ada ditanam pokok bunga Markisa, sejenis pokok bunga yang menjalar. Bunga Markisa ini mengeluarkan bau yang harum, terutamanya disebelah pagi dan apabila ada angin bertiup. Dibawah ini ialah gambar bunga Markisa dan pokoknya yang menjalar di "pergola", dari peringkat awal ditanam hingga sekarang.



Monday, November 3, 2008

Luqman Harahap di PLKN Kuala Nerang

Selepas peperiksaan SPM pada tahun 2006, Luqman terpilih untuk mengikuti PLKN. Dia ditempatkan di PLKN Kuala Nerang. Mengikut kata Luqman, dia seronok menyertai PLKN tu. Sewaktu Luqman di PLKN Kuala Nerang, boleh kata sekali dalam dua minggu tu kami akan pergi melawat dia. Teringat waktu mula-mula menghantar Luqman untuk menyertai PLKN tu. Semua peserta PLKN dari Kedah dikehendaki berkumpul di stadium Alor Star. Yang kelakarnya, bas yang nak membawa peserta PLKN ke destinasi masing-masing tak dapat bergerak untuk meninggalkan kawasan stadium. Pegawai-pegawai JPJ berada di sekeliling stadium menunggu bas untuk keluar dan memberi saman. Bas yang nak membawa peserta PLKN tersebut tidak ada permit!









Saturday, November 1, 2008