November 2001, dalam perjalanan ke Bordeaux “Gare Angouleme” atau stesyen keretapi Angouleme, sudah kami lalui. Angouleme ini terletak diantara Paris dan Bordeaux menghala ke arah selatan Perancis. Kini sekali lagi, pada bulan November 2007, dalam perjalanan pulang dari Palma de Mallorca ke Kuala Lumpur, kami singgah di Angouleme untuk bertemu Luqman Harahap, anak sulung kami. Hampir dua bulan sudah dia berada di Angouleme.
Dari Palma de Mallorca kami menaiki pesawat KLM ke Lapangan terbang Schipoll, Amsterdam. Kenalan kami Dr. Edo Andriess sudah sedia menunggu di lapangan terbang. Selepas bersalaman dan mengalas perut, kami di bawa kebandar Utrecht. Di bandar ini kami tidur selama dua malam.
Dua malam di Utrecht, esoknya kami sedia memulakan perjalanan. Dari lapangan terbang Schipoll, dengan bantuan Dr. Edo kami membeli tiket keretapi laju (SNF) dari Schipoll ke Paris Gare Du Nord, dan dari Montparnasse ke Angouleme. Tiket sudah sedia kami beli.
Sepanjang perjalanan menaiki keretapi ini, seperti biasa pemandangan musim luruh (Autum/Fall) tidak menjemukan. Cukup cantik ciptaan ”Maha Kuasa” ini. Hari cerah diiringi dengan cuaca ala-ala mediteranean, tak terasa sejuk sangat. Banyak aktiviti harian yang kami lihat sepanjang perjalanan. Kawasan desa dengan ladang yang luas, para petani sibuk mengumpul jerami (bergulung-gulung), untuk makanan ternakan di musim sejuk nanti, seni bina rumah yang bermacam-macam gaya dan sebagainya masih terbayang dalam ingatan.
Kami melalui negara Belgium. Menurut sahabat kami Dr. Edo (Belanda + cina Indonesia), orang Belanda dan Perancis selalu ”make joke” kepada orang Belgium ni. Mereka tak punya identiti. Mereka mengaku orang Belgium, walhal penduduk di bahagian utara terdiri daripada orang Belanda yang bertutur dalam Bahasa Belanda dan dibahagian selatan orang Perancis yang bertutur dalam Bahasa Perancis.
Setelah tiga jam perjalanan, akhirnya kami sampai ke stesyen keretapi ”Gare Du Nord” Paris. Dari sini kami harus mengambil ”tube” (keretapi bawah tanah) untuk ke stesyen Montparnasse (central). Hampir setengah jam kami tersangkut disini. Kami menghadapi masalah untuk membeli tiket. Terlalu ramai orang di kaunter beli tiket, mesin automatik pulak tidak dapat digunakan. Kami kesuntukan masa. Kalau mengikut jadual, sebentar lagi keretapi ke Angouleme akan berlepas.
Alhamdulillah, dalam keadaan cemas tu, ada hamba Allah (orang kulit hitam) yang sudi menjual tiketnya dengan harga yang sama kepada kami. Setelah menaiki ”tube”, sampai di stesyen Montparnesse, kami harus berjalan (jauh juga) untuk naik keatas. Banyak juga anak tangga yang harus dinaiki dan agak tinggi. Kami cuma ada masa dalam 10 minit sahaja lagi, sebelum keretapi ke Angouleme berlepas. Dengan segala tenaga yang ada, kami berlari sekuat-kuatnya, sehinggakan saya terjatuh semasa menaiki escalator. Tiket sudah dibeli semasa di Amsterdam lagi, sekiranya kami terlepas keretapi ini , kami harus membeli tiket yang baru. Alhamdulillah, dapat juga menaik keretapi ini, semasa dalam”coach”, saya termengah-mengah dan nafas pun tercungap-cungap.
Sebelum itu, semasa berlari, saya dan hubby terpisah, saya di depan, manakala hubby masih dibelakang. Beliau lambat kerana membawah tiga buah beg yang berat. Penuh dengan cili kering, ikan bilis, belacan, segala macam jenis rencah maggie, bermacam-macam jenis rempah kari, ikan gelama jeruk masin dan bermacam-macam tok nenek lagi, untuk bekalan anak, di tambah lagi dengan ”souvenir” yang di beli di Palma de Mallorca dan di Utrecht. Menurut beliau, sekiranya 5 minit lagi membawa beg tersebut, mungkin dia pengsan kat stesyen keretapi tu.
Sebelum menaiki keretapi, untuk kepastian, saya sempat bertanya kepada ”conductor”, (perkataan Angouleme/Bordeaux tertera dihadapan keretapi) samada keretapi ini menuju ke Angouleme, dia mengiakan aje. Saya lihat hubby ada di belakang, tapi agak jauh sikit dari saya. Kali kedua saya menoleh, dia hilang dari pandangan. Dalam hati tuhan aje yang tahu betapa cemasnya. Wisel telah di bunyi kan, menandakan keretapi sedia berlepas, hati berbelah bagi, nak naik ke tidak. Tak nampak pun hubby dalam ”coach”. Hati berkata-kata, kalau saya naik nanti, takut-takut hubby masih dibawah. Nak tunggu dibawah, takut-takut hubby dah ada dalam ”coach”. Akhirnya saya berserah, tawakal aje, saya naik. Saya andaikan hubby dah ada. Tiket ada dalam beg tangan saya. Saya letak dulu beg yang saya bawa di tempat yang disediakan. Tujuan nya nak mencari tempat duduk.
Sebenarnya masa naik keretapi ni, saya naik ”coach” bahagian depan, sebab dah tak sempat nak cari ”coach ” yang sepatutnya kami naiki. Nombor ”coach” kami ialah nambor 27. Cari punya cari sampai kebelakang - penghujung. ”Coach nombor 27 tak jumpa, nak menangis rasanya, dah lah tak pasti hubby kat mana. Sebelum naik tadi keretapi ni nampak panjang, tak mungkin hanya sependek ini (10 coach), dalam hati. Dalam beberapa saat, telefon bimbit berbunyi. Saya dapat sms daripada hubby......., memang ia, kami tersalah naik coach. Dalam pada itu, hati saya lega....., sebab dah tahu hubby ada sama. Saya nampak hubby datang kearah saya.
Sebetulnya keretapi ini mempunyai dua bahagian (set) dalam satu perjalanan (bersambung). Satu bahagian ke Angouleme dan Bordeaux dan satu bahagian lagi akan ke Toulouise. Ia akan berpisah di Angouleme. Nampaknya nasib menyebelahi kami, syukur Alhamdullilah, walaupun kami tak dapat tempat duduk yang selesa, kami akan sampai juga di Angouleme bisik hati.
Dalam pada itu sempat juga berkenalan dengan ”minah saleh” dalam keretapi ni, dia orang Bordeaux. Boleh bercakap bahasa inggeris loghat perancis. Berkenalan lebih kurang, kami cerita kan masalah kami tadi, katanya kami bernasib baik. Kata beliau (lupa nama dia), orang asia mempunyai hati yang baik dan luhur, tak seperti orang Eropah, (Ya ke....?). Beliau pernah ke India, untuk belajar yoga. Meminati filem Bollywood yang berkisar kisah cinta, pakaian, nyanyian dan tarian Bollywood.

Kami ceritakan anak kami belajar di Angouleme, kata dia kami mempunyai hati yang cekal, membenarkan anak yang berusia belasan tahun (dia rasa kecik lagi kot...) belajar sebegitu jauh. Saya mengakuinya, demi masa depan mereka , saya sanggup berpisah. Cerita punya cerita tak sedar 2 jam telah berlalu. Kami dah sampai di Gare Angouleme. Di bangun dari kerusi semasa kami mengucapkan ”au revoir” dan bye-bye. Semoga bertemu lagi, katanya. Bersambung........
No comments:
Post a Comment