Wednesday, January 21, 2009

FRANCE - Paris

Bonjour, bonjour, bonjour....Jemappe Norita.... Merci beaucoupe. Itu aje ungkapan yang kami tau.
25 hb. November 2001, kami bertolak dari Gare St. Jean Bordeaux ke stesyen keretapi Monparnasse. Dari Monparnasse kami mengambil "tube" (keretapi bawah tanah) ke Porte de Orlean. Sampai di sini, hotel yang kami tempah (lupa nama hotel tu) dekat dengan stesyen 'tube"Porte de Orlean,tak lah tercari-cari, hanya menaiki anak tangga aje. Hotel tempat kami menginap ni jauh sikit dari kota Paris.

Hari dah hampir petang masa kami sampai kat Porte de Orlean.
Untuk ke kota Paris rasanya masa tak cukup, hari dah hampir gelap. Jadi kami hanya berjalan-jalan ke bandar Porte de Orlean aje..... Di sini, seperti biasa kami beli "sourvenir" alakadar. Setelah penat berjalan, perut pun mula berkeroncong. Kami pun mencari kedai "kebab". Alhamdulillah, tak susah nak cari kedai ni. Selepas makan kami pun balik ke hotel. Tidak mengambil masa yang lama untuk kami terlelap kerana terlalu letih berjalan.












Bergambar ditengah pembahagi jalan Champs Elysees.







Ach de Triump.





Champs Elysees.




Esoknya, 26hb. November, pagi-pagi lagi, kami ke kota Paris. Dengan menaiki "tube", akhirnya kami sampai juga kami ke kota ini. Sewaktu tinggal di UK dulu, memang berhajat nak datang kesini, tapi waktu itu keadaan tak mengizinkan. Sampai saja disini, kami terus ke Eiffel Tower. Kami berjalan-jalan di sekitar Eiffel Tower dan mengambil gambar untuk kenang-kenangan.


Setelah puas berjalan di Eiffel Tower, kami berjalan pula ke Champs Elysees. Sepanjang jalan Champs Elysees ni, terdapat banyak kedai yang menjual barang-barang berjenama seperti LV, Guy Laroche, dan lain-lain. Tidak ketinggalan kedai yang menjual minyak wangi seperti Sephora. Disini kami terjumpa dengan orang Malaysia. Kalau tak silap, beliau sedang menjalani kursus disini.

Kami berjalan lagi sehingga penghujung Champs Elysees. Disini lah terdiri nya Arc de Triumph. Arc de Triumph merupakan monumen penghargaan kepada pejuang-pejuang negara Perancis khususnya sewaktu perang di zaman Napoleon. Nama-nama pejuang diukir di monumen ini, termasuk askar-askar dalam perang dunia pertama.
Setelah itu, kami berjalan lagi menyeberangi jambatan sungai Seine. Dari atas jambatan ini pemandangannya sungguh cantik. Sungai Seine ini juga merupakan salah satu tempat yang harus dikunjungi semasa berada di kota Paris. Pelancong-pelancong boleh menaiki bot "river cruise" untuk melihat kota Paris.


Sebenarnya masih banyak lagi tempat yang patut dikunjungi. Oleh kerana kesuntukan masa dan penat, kami mengambil keputusan untuk pulang ke hotel. Kami perlu tidor awal kerana pagi esok, seawal jam 4.30 pagi, kami kena bertolak ke lapangan terbang Charles de Gaulle untuk pulang ke Malaysia.

No comments: