Monday, January 19, 2009

FRANCE - Bordeaux

Dari Pulau Pinang kami singgah di Singapura. Singapura ke Paris, kami menaiki pesawat Singapore Airlines. Perjalanan memakan masa selama 12 jam lebih kurang. Sungguh memenatkan.
Sampai di lapangan terbang Charles De Gaulle (Paris), jam menujukan hampir pukul 6 pagi waktu tempatan. Kami menaiki bas ke setesyen keretapi Montparnasse. Agak jauh juga setesyen keretapi ni dari lapangan terbang.
Sampai di stesyen Montparnasse, kami membeli tiket keretapi laju (SNF) untuk ke Bordeaux. Tambangnya agak mahal, sebab tiketnya tak ditempah terlebih dahulu.
Dalam perjalanan ke Bordeaux, pemandangannya amat cantik. Waktu itu musim gugur (fall/autum). Gabungan warna kuning, merah dan coklat mewarnai daun-daun pokok di sepanjang perjalanan. Sungguh cantik. Setelah 2 1/2 jam, kami sampai di Gare St. Jean, (setesyen keretapi Bordeaux).


Di stesyen keretapi Bordeaux - Gare St. Jean


Shopping kat Sephora


Kami menghadapi masalah semasa mencari Hotel Clemenceau. Masalah bahasa (bertanya). Saya kira sesiapa yang pernah datang ke Perancis, menghadapi masalah yang sama. Orang Perancis ni cukup bangga dengan bahasa mereka. Alhamdulillah, setelah menggunakan bahasa "ayam itik" dan pergerakan tangan, sampai juga kami akhirnya. Bandar Bordeaux ni, bandar kedua terbesar di Perancis. Terletak di bahagian selatan, hampir (dekat) dengan negara Sepanyol. Datang ke Perancis ni tak lah terkejut sangat dengan cuaca dan persekitarannya. Kami ke sini pada bulan November 2001, setelah 8 bulan pulang ke Malaysia dari United Kingdom (3 1/2 tahun tinggal di u.k). Kali keduanya pada bulan yang sama tahun 2007.











Dihadapan kedai buku Universitet Montesquieu



Pertama kali mengikut A.H Roslan Harahap ke seminar antarabangsa. Seminar ini bertajuk Pauvrete et developpement durable di anjurkan oleh Universitet Montesquieu dan UNESCO. A.H. Roslan Harahap salah seorang pembentang kertas kerja di seminar ni dengan tajuk "Poverty, income inequality and development policy in Malaysia".

Seperti biasa NMMSiregar menjadi "pemerhati". Seronok juga dapat masuk menyertai seminar ni. Para peserta datang dari pelbagai negara seperti Amerika, Russia, Italy, Afrika (negara-negara bekas jajahan Perancis) =, China, India, U.K, tuan rumah sendiri dan pelajar-pelajar universiti tersebut. Hampir kesemua peserta menggunakan bahasa Perancis semasa berhujah dalam persidangan tersebut. Hanya segelinter sahaja menggunakan bahasa Inggeris. Bukan bermakna orang Perancis tak mahir dalam bahasa Inggeris, mereka bangga dengan bahasa mereka.









Walaupun kami tak faham bahasa Perancis ni, kami terpesona melihat mereka bertutur /bercakap semasa berhujah.Khasnya orang Perancis. Gaya dan lenggok badan (body language) membuat hati terpaut dengan bahasa ni. Kami berharap agar salah seorang anak kami dapat belajar ke sini. Alhamdulillah. September 2007 harapan kami menjadi kenyataan. R. Lugman Harahap, anak sulung kami diterima belajar di Perancis, dibawah tajaan JPA, jurusan kejuruteraan, aeronautical -inshaallah -.

Kami juga sempat berjalan sekitar bandar ni. Hotel kami terletak ditengah-tengah bandar Bordeaux. Masalah makanan halal tak timbul. Kedai "kebab" ada dimerata sudut. Dimiliki oleh orang arab yang datang dari Syria, Tunisia, Algeria dan lain-lain. Ada juga dari negara Turki. Harga "kebab" agak mahal, tapi berbaloi juga., satu "kebab" boleh makan untuk 2 orang (1/2 batang roti Perancis). Sedap dimakan dengan sos cili tabasco (pedas pahit)dan sos pudina campur yogurt emm....... masih teringat-ingat lagi. Ramai orang islam disini, kebetulan waktu kami kesini bulan Ramadhan. Kami lihat poster "jadual waktu" berbuka puasa, waktu sembahyang dan yang berkaitan dengan ugama islam, ada di merata stesyen keretapi dan bas.
Tidak rasa terasing waktu itu.



Seperti biasa, ada juga beli "buah tangan", ala kadar aje. Tinggal selama 3 hari disini, esoknya kami ke kota Paris (kota cinta).






























Di hadapan Hotel Clemenceau. Kelihatan gambar Osama ben Laden dibelakang....cukup popular waktu ni.
















Pusat bandar Bordeaux








Hotel Clemenceau, Bordeaux




1 comment:

emilayusof said...

Salam Kak Ita! Seronoknya ke France!