Sewaktu berada di Kota Kinabalu, kami sempat bertemu dengan Prof. Madya Dr. Arsiah Bahron dan juga Mustapha. Mereka merupakan kenalan lama kami, sewaktu A.H.Roslan Harahap menjadi pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Kampus Sabah. Arsiah ketika itu merupakan pensyarah di Fakulti Sains Pembangunan (FSP) UKM Kampus Sabah, manakala Mustapha adalah pelajar di FSP. Kini mereka merupakan pensyarah di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Dr. Arsiah sempat membawa kami melihat UMS dan juga Menggatal, tempat kami tinggal dahulu. Taman Richdar tempat kami tinggal di Menggatal dahulu tidak banyak berubah. Kami juga sempat pergi ke kampus UKM Kampus Sabah dahulu. Kampus itu kini kosong tiada berpenghuni. Kami juga berkesempatan ke rumah Arsiah di Luyang dan makan malam bersama Dr. Arsiah dan Mustapha di Grace Point.
No comments:
Post a Comment