Monday, December 15, 2008

Aziz dan Yati datang ke Bagas Na Gambir

Pada 12-14 Disember 2008, Aziz dan Yati (bersama anak mereka Atheera serta ibu dan adik bongsu Yati) datang ke Bagas Na Gambir. Aziz dan Yati merupakan kawan kami sewaktu kami tinggal di Bangor, Wales, United Kingdom. Aziz kini pensyarah di Bangor University, manakala Yati sedang menyiapkan tesis PhDnya di universiti tersebut. Mereka kini sedang bercuti di Malaysia.

Pagi 13 Disember kami ke Langkawi. Walaupun kami tiba agak awal di Kuala Perlis, feri yang sepatutnya kami naiki pada pukul 10.30 pagi hanya tiba pada jam 12.00 tengahari. Cukup mencabar kesabaran! Setiba di Langkawi lebih kurang jam 1.30 petang, kami terus makan tengahari di Restoren Wan Tai, restoren masakan Thailand. Makanan cukup enak sekali.

Oleh kerana kesuntukan masa, kami hanya sempat naik "cable car" dan singgah sebentar di Idaman Suri. Pukul 6.10 petang, kami tiba semula di Jeti Kuah untuk balik ke Kuala Perlis dengan feri terakhir jam 7.00 malam. Sekali lagi feri lewat. Kami hanya bertolak dari Jeti Kuah jam 8.00 malam.

Dalam perjalanan pulang ke Jitra, kami singgah di rumah Zu dan KZ di Changlun. Zu baru pulang dari Bangor setelah menamatkan pengajian PhDnya. Jam 11.40 mlm kami bertolak pulang ke Jitra dan tiba ketika jam hampir 12.30 pagi.

Pagi 14 Disember, Aziz dan Yati pulang ke Ipoh.

















No comments: