Friday, March 20, 2009

Jakarta, Puncak – Indonesia, bhg. 2

Kami naik ke bilik hotel dan berehat sebentar. Bancuh kopi....., kopi yang disediakan oleh pihak hotel dan makan biskut yang kami beli. Selesai masalah minum petang...!. Tak lama selepas itu ”Pak Roslan” (hubby) pun balik. Kata ”Pak Roslan” kami diundang sama untuk jamuan makan malam nanti. Lega......, ”save budget”. Pukul 8 malam kami turun kebawah untuk makan malam. Sedap makan kat hotel ni......, makan free....! he,he,he..... Semasa makan malam sempat juga berkenalan dengan perserta dan petugas-petugas seminar. Selesai makan, kami naik ke atas untuk tidur.

Seawal pagi, saya dan ”Pak Roslan” turun kebawah untuk sarapan. Anak-anak malas nak ikut sama dan ada yang masih tidur. Selesai sarapan kami naik ke atas. Sejam selepas itu ”Pak Roslan” turun kebawah untuk menghadiri seminar. Seharian ”Pak Roslan” di seminar tersebut. Kami anak-beranak menghabis kan masa dengan menonton tv di bilik hotel. Menarik juga rancangan-rancangan tv tempatan ni... dan tak kurang juga rancangan tv yang disediakan oleh pihak hotel. Anak-anak juga sempat berenang di kolam renang hotel tersebut.

Waktu makan tengahari dah tiba, laperrrr......!!!!, kami anak-beranak turun kebawah untuk mengisi perut. Tidak jauh dari hotel.., berjalan kaki selama 5 minit.., kami nampak restoran makanan segera Mc.D. Anak-anak terus saja meluru ke restoran tersebut. Sebelum masuk ke restoran ni, kami diperiksa.., bukan kami aje....semua pengunjung yang nak masuk ke restoran ini akan diperiksa - macam pemeriksaan nak naik kapalterbang. Baru saya ingat..., waktu itu, Jakarta baru saja dikejutkankan dengan letupan bom, Hotel JWW Marriot / bangunan..?, saya tak pasti yang mana satu. Sebab itu kawalannya agak ketat. Begitu juga semasa nak masuk ke hotel.

Selesai makan, perut pun dah kenyang, kami masuk ke gedung beli-belah ”Sarinah”, tak jauh dari restoran tadi. Saya dapat maklumat kalau tak silap, ”shopping complex” ini, yang pertama mempunyai ”escalator” di Indonesia. Ia dirasmikan oleh Presiden Sukarno. Memang nampak lama pun bangunan ni..., kebetulan ada ”renovation” pulak waktu itu.
Macam-macam ada disini.Saya tertarik di bahagian ”suvenior” di tingkat atas, tingkat 2 kalau tak silap. Banyak barang-barang ”kerajinan” (kraftangan) ada dipasarkan disini. Memang itu lah tujuan gedung ini dibuka kalau saya tak salah. Semua ”kerajinan” yang ada di setiap pelusuk Indonesia, dikumpulkan disini. Saya agak macam ”one stop center”.
Banyak barang yang menarik perhatian saya, antaranya batik, ukiran kayu, tembaga, seramik dan lukisan. Paling saya minati ialah lukisan minyak. Setiap kali melancong itulah yang akan saya cari dan beli dulu. Buatannya halus dan “berkualitas”, ”keren” (grand) gitu.....!!!.. Rasa macam nak beli semua….. Masalahnya “ongkos” tidak “mengijinkan”.
Macammana pun saya beli juga lukisan minyak yang berkenan dihati tanpa pengetahuan ”Pak Roslan”. Lukisan tu berharga kurang lebih 500 ribu.........!!!, Rupiah.....!!, lebih kurang RM 250 aje. ( Orang Malaysia kalau pergi ke Indonesia terus jadi jutawan). Masa tu tak bawah ”cash”, guna duit plastik...., ”tenyehhhhh” dan sain aje..., mudah....!.

Saya teringat pada kata-kata salah seorang kenalan. Kata beliau, bila melancong ni, kalau ada barang yang berkenan dihati...beli aje..! (kalau mampu) ”Biar menyesal membeli, jangan menyesal tak beli” bukan selalu nak datang ke tempat tersebut atau kalau datang lagi pun, barang yang kita nak tu mungkin dah tak ada. Teringat kata-kata tu lah saya beli, lagipun saya yakin ”Pak Roslan” tak marah sebab dia dah ”masak” dengan tabiaat saya. Disamping tu ada juga beli buah tangan untuk ”orang tua” dan adik beradik di kedua-dua belah pihak. Urusan saya dah selesai (shopping), kini giliran anak-anak pulak. Mereka beli apa yang mereka berkenan. Barang-barang yang mereka pilih tu, tak lah mahal sangat. Kemudian kami beli makanan untuk kudap-kudapan – biskut, buah-buahan, coklat dan sebagainya. Kami berjalan kaki pulang ke hotel. Bersambung...............
Nota: Sebenarnya kami bertolak dari KL ke Jakarta pada 30hb. Nov. 2004.

No comments: