Wednesday, December 3, 2008

Dina di Bagas Na Gambir II

28hb. November 2008, Dina , ibu dan adiknya kami bawa makan malam di DGCC (Darulaman Golf Course Club).

Keesokannya (29 November 2008), kami bawa mereka melawat Universiti Utara Malaysia dan seterusnya ke Kompleks Bebas Cukai, Bukit Kayu Hitam. Di Bukit Kayu Hitam, kami makan tengahari di Restoren Reza, restoren makanan Thailand. Selepas makan tengahari, kami bawa. mereka ke Padang Besar, Perlis.

Kami pulang ke rumah lewat petang. Setibanya di Jitra, kami bawa mereka makan malam di Restoren Santhai, juga restoren makanan Thailand.







No comments: