Kebetulan 4 Disember 2008 merupakan ulang tahun perkahwinan kami yang ke -20. Pejam celik, pejam celik dah 20 tahun dah. Kami sambut di Lone Pine Resort aje la. Tak ada kek, tak ada apa-apa. Kami cuma makan burger kat KFC!
Siregar Marjamita bermaksud "Siregar Bercerita". Siregar adalah salah satu "marga" (puak) dikalangan orang Mandailing. Orang Mandailing kebanyakannya berasal daripada Sumatera Utara.
Wednesday, December 10, 2008
Ulangtahun Perkahwinan ke-20 dan Lone Pine Resort Pulau Pinang
Pada 4-5 Disember 2008, kami sekeluarga pergi ke Pulau Pinang mengikut A.H.Roslan Harahap yang menghadiri seminar IMT-GT di Hotel Gurney, Pulau Pinang. Kami menginap di Lone Pine Resort, Batu Ferringhi. Pantai di sekitar Lone Pine Resort tu cantik.
Kebetulan 4 Disember 2008 merupakan ulang tahun perkahwinan kami yang ke -20. Pejam celik, pejam celik dah 20 tahun dah. Kami sambut di Lone Pine Resort aje la. Tak ada kek, tak ada apa-apa. Kami cuma makan burger kat KFC!

Kebetulan 4 Disember 2008 merupakan ulang tahun perkahwinan kami yang ke -20. Pejam celik, pejam celik dah 20 tahun dah. Kami sambut di Lone Pine Resort aje la. Tak ada kek, tak ada apa-apa. Kami cuma makan burger kat KFC!
Sunday, December 7, 2008
Dina di Bagas Na Gambir III
Ahad 30 November 2008, Dina pulang ke Jakarta, Indonesia. Pagi tu, masak nasi lemak aje. Kebetulan, pagi Ahad tu Faekah dan anak-anak singgah di Bagas Na Gambir. Mereka tunggu sampai makan tengahari.
Makan tengahari tu masak ringkas aje. Buat pecal, ayam masak lemak, dan ikan "sweet and sour". Pukul 4.00 petang, kami bertolak ke Bayan Lepas untuk menghantar Dina pulang ke Jakarta. Mereka berlepas ke Jakarta pada jam 9.45 malam.

Wednesday, December 3, 2008
Dina di Bagas Na Gambir II
28hb. November 2008, Dina , ibu dan adiknya kami bawa makan malam di DGCC (Darulaman Golf Course Club).
Keesokannya (29 November 2008), kami bawa mereka melawat Universiti Utara Malaysia dan seterusnya ke Kompleks Bebas Cukai, Bukit Kayu Hitam. Di Bukit Kayu Hitam, kami makan tengahari di Restoren Reza, restoren makanan Thailand. Selepas makan tengahari, kami bawa. mereka ke Padang Besar, Perlis.
Kami pulang ke rumah lewat petang. Setibanya di Jitra, kami bawa mereka makan malam di Restoren Santhai, juga restoren makanan Thailand.

Tuesday, December 2, 2008
Dina di Bagas Na Gambir I
Monday, December 1, 2008
Dina datang ke Malaysia
26-30 November 2008, Dina bersama ibu dan adiknya datang ke Malaysia. Dina merupakan kawan kami dari Indonesia sewaktu kami tinggal di Bangor, Wales, United Kingdom. Suami Dina, Dr. Danny Wilistra, merupakan pelajar PhD (pada ketika itu) di University of Wales, Bangor. Dina dan Pak Danny adalah jiran (tetangga mengikut bahasa Indonesia) kami. Rumah kami di St. Mary's bersebelahan dengan rumah Dina dan Pak Danny.
Dina bersama adiknya datang ke Pulau Pinang untuk membawa ibu mereka ke Adventist Hospital bagi menjalani rawatan. NMM Siregar dan A.H.Roslan Harahap sempat membawa mereka melawat beberapa tempat di Pulau Pinang. Antaranya Queensbay Mall, Bukit Bendera dan Batu Feringghi.

Negeri di Bawah Bayu II
Sewaktu berada di Kota Kinabalu, kami sempat bertemu dengan Prof. Madya Dr. Arsiah Bahron dan juga Mustapha. Mereka merupakan kenalan lama kami, sewaktu A.H.Roslan Harahap menjadi pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Kampus Sabah. Arsiah ketika itu merupakan pensyarah di Fakulti Sains Pembangunan (FSP) UKM Kampus Sabah, manakala Mustapha adalah pelajar di FSP. Kini mereka merupakan pensyarah di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Dr. Arsiah sempat membawa kami melihat UMS dan juga Menggatal, tempat kami tinggal dahulu. Taman Richdar tempat kami tinggal di Menggatal dahulu tidak banyak berubah. Kami juga sempat pergi ke kampus UKM Kampus Sabah dahulu. Kampus itu kini kosong tiada berpenghuni. Kami juga berkesempatan ke rumah Arsiah di Luyang dan makan malam bersama Dr. Arsiah dan Mustapha di Grace Point.

Subscribe to:
Posts (Atom)