Selepas peperiksaan SPM pada tahun 2006, Luqman terpilih untuk mengikuti PLKN. Dia ditempatkan di PLKN Kuala Nerang. Mengikut kata Luqman, dia seronok menyertai PLKN tu. Sewaktu Luqman di PLKN Kuala Nerang, boleh kata sekali dalam dua minggu tu kami akan pergi melawat dia. Teringat waktu mula-mula menghantar Luqman untuk menyertai PLKN tu. Semua peserta PLKN dari Kedah dikehendaki berkumpul di stadium Alor Star. Yang kelakarnya, bas yang nak membawa peserta PLKN ke destinasi masing-masing tak dapat bergerak untuk meninggalkan kawasan stadium. Pegawai-pegawai JPJ berada di sekeliling stadium menunggu bas untuk keluar dan memberi saman. Bas yang nak membawa peserta PLKN tersebut tidak ada permit!
No comments:
Post a Comment