Siregar Marjamita bermaksud "Siregar Bercerita". Siregar adalah salah satu "marga" (puak) dikalangan orang Mandailing. Orang Mandailing kebanyakannya berasal daripada Sumatera Utara.
Thursday, October 30, 2008
Saturday, October 25, 2008
Mala dan Rahim datang ke Bagas Na Gambir
Hari ini kak Mala dan abang Rahim (serta anak-anak) datang ke Bagas Na Gambir. Kak Mala ni sepupu NMM Siregar, dan yang menariknya, juga merupakan sepupu kepada A.H.Roslan Harahap. Mereka datang bersama dengan Zaidi dan Enon (adik abang Rahim), dan juga emak abang Rahim. Zaidi dan Enon kini tinggal di Sg. Petani. Mereka makan tengahari di Bagas Na Gambir. NMM Siregar buat pecal, ikan terubuk bakar, kari ayam dan ikan masak tauchu.
Thursday, October 23, 2008
Iqbal menjalani pembedahan kecil di Kedah Medical Centre
Pagi tadi NMM Siregar dan A.H.Roslan Harahap membawa Iqbal Harahap ke Kedah Medical Centre (KMC) untuk berjumpa dengan pakar mata. Sudah dua bulan terdapat seperti "bisul kecil" dibahagian bawah kelopak mata kanan Iqbal. Setelah dua kali berjumpa doktor di Poliklinik Keluarga di Jitra, doktor menasihatkan kami supaya membawa Iqbal berjumpa dengan pakar mata. Jadi, pagi tadi kami membawa Iqbal ke KMC untuk berjumpa dengan pakar mata. Di KMC Iqbal diperiksa oleh pakar mata, Dr. Chew. Hasilnya, Iqbal menjalani pembedahan kecil untuk membuang "bisul kecil" di bawah kelopak matanya. Segalanya alhamdulilah berjalan baik. Iqbal akan berjumpa semula dengan Dr. Chew pada 2 November 2008.
Wednesday, October 22, 2008
Aimer Romeo et Juliette
Chanson Aimer Romeo et Julliette pour R.Luqman Harahap. S'amuser tu chanson!
Hari Anugerah Cemerlang SKBBD 2008
Hari ini, 22 Oktober 2008, NMM Siregar dan A.H.Roslan Harahap menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Darulaman (SKBBD). Iqbal Harahap merupakan salah seorang yang menerima anugerah - anugerah pelajar cemerlang UPSR (5A). Dimajlis tersebut pelajar-pelajar SKBBD membuat persembahan choral speaking dalam bahasa Arab. Diakhir majlis, pelajar-pelajar SKBBD membuat persembahan dikir barat, yang juga dalam bahasa Arab. Persembahan dari anak-anak SKBBD ini juga menghiburkan.
Tahniah kepada semua guru-guru SKBBD atas kejayaan menganjurkan majlis tersebut dan juga atas kejayaan mendidik anak-anak SKBBD.
Video Iqbal dan NMMSiregar mengambil hadiah daripada PPD Jitra.
Tahniah kepada semua guru-guru SKBBD atas kejayaan menganjurkan majlis tersebut dan juga atas kejayaan mendidik anak-anak SKBBD.
Video Iqbal dan NMMSiregar mengambil hadiah daripada PPD Jitra.
Monday, October 20, 2008
Saturday, October 18, 2008
Melawat Iqbal di SMSTSSS
Hari ini kami pergi melawat Iqbal di SMSTSSS Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kami beli ayam KFC untuk Iqbal. Kami makan bawah pokok di tepi padang bola SMSTSSS. Lepas makan, Iqbal, Lutfi dan Roslan baring sambil rehat dibawah pokok. Sempat juga merakamkan gelagat pelajar SMSTSSS dipondok talipon.
Friday, October 17, 2008
Roslan dan Pisang
Pagi ni A.H.Roslan Harahap menebas kawasan luar pagar rumah. Tanah sebelah Bagas Na Gambir ni belum dibuat rumah. Cukup semak. Selepas menebas, dia tebang pokok pisang yang kami tanam dibelakang rumah. Orang utara panggil pisang ni pisang "Abu Kelin" . Apa lagi, tengahari ni kami makan gulai pisang "Abu Kelin" la......
Utrecht dan Universiteit Utrecht
Pada tahun 2007, dalam perjalanan ke Palma De Mallorca, Sepanyol, kami singgah di Holland. Di Holland, kami pergi ke Utrecht berjumpa dengan kenalan kami, Edo Andrisse. (Edo baru-baru ini datang mengunjungi kami di Bagas Na Gambir). Edo membawa kami melawat bandar Utrecht dan Universiteit Utrecht. Di Universiteit Utrecht, kami sempat bertemu dan berbual dengan Profesor van Westen, penyelia tesis PhD Edo. Kami juga sempat bertemu dengan ibu Edo, seorang yang berasal dari Indonesia. Mereka membawa kami makan disebuah restoren Turki. Makanan yang dihidangkan cukup istimewa dan lazat. Terbayang lagi sampai sekarang....
Wednesday, October 15, 2008
Dr. Edo Andriesse datang ke Bagas Na Gambir
Subscribe to:
Posts (Atom)