Sunday, January 18, 2009

Masak Bubur Asyura di Taman Siswa Jitra

Hari ini (18 Jan 2008), penduduk di Taman Siswa, Jitra masak bubur asyura di rumah Ustaz (Dr.) Shukri. Seronok juga sekali sekala dapat berjumpa dan berkumpul ramai-ramai. Makan tengahari pun disediakan....



















Tuesday, January 13, 2009

Sepanyol - Palma de Mallorca

Oktober 2007. Sekali lagi mengikut A.H.Roslan Harahap ke seminar antarabangsa. Kali ini ke "international seminar on tourism" di Palma de Mallorca, Sepanyol. Seperti biasa, NMMSiregar menjadi "pemerhati tetap".
Perjalanan dari KL-Amsterdam-Madrid-Palma de Mallorca amat memenatkan. Sampai di Palma rasa penat hilang. Pulau yang cantik, bersih dan udara yang nyaman amat menyenangkan. Kaget melihat bangunan-bangunan disepanjang jalan. Ciri-ciri senibina islam terpahat di kebanyakan bangunan disini. Pohon-pohon palma juga banyak. Salah satunya, pokok kurma.
Pulau ini merupakan pulau pelancongan. Katanya bila musim panas ramai orang Eropah bercuti ke sini.








Saturday, January 10, 2009

Melawat Iqbal di SMSTSSS

Hari ini (10 Jan 2009), NMM Siregar, AH Roslan Harahap dan Lutfi Harahap pergi melawat Iqbal di SMSTSSS Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kami bawa nasi dan lauk "kari ayam", lauk kegemaran Iqbal untuk makan tengahari.
Seperti biasa, kami berkelah di tepi padang SMSTSSS.









Friday, January 9, 2009

Iqbal balik ke SMSTSSS

Hari Ahad minggu lepas (4 Januari 2009), kami pergi menghantar Iqbal balik ke sekolah (SMSTSSS) di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Bagas Na Gambir kembali sunyi....


Kenduri anak si "Rok"

Pada hari kami sekeluarga nak balik dari KL ke Jitra (29 Disember 2008), kami sempat menghadiri kenduri anak si "Rok" di Cheras. Di situ dapat jumpa dengan beberapa orang Kampung Gua Badak. Antaranya Cik Masrojah, si Husin "Wak Bia", si Puji "Wak Oncha" dan juga "Encik" sekeluarga. Masa kami sampai ditempat kenduri tu, cik Dok dah nak balik.












































Friday, January 2, 2009

Kawan Lama

Semasa dinner kat Victoria Station hari tu (25/12/2008), tak sangka jumpa kawan lama setelah 25 tahun berpisah. Mulanya ingat salah orang, ternyata Sharifah masih kenal saya walaupun rupa paras dah berubah. Bukan saja rupa paras dah berubah, saiz badanpun dah "double"! Pulak tu Victoria Station ni betul-betul depan sekolah kami dulu (Sekolah Menengah Perempuan Jalan Ampang). Terkenang.....zaman persekolahan dulu...antara zaman yang paling seronok dalam kehidupan.

Meniti Masa

Begitu pantas masa berlalu. Kadang-kadang kehidupan ni rasa macam mimpi. Semasa kecil (bayi), kanak-kanak, remaja, dewasa, berkahwin dan mempunyai anak.....telah dilalui. Rupa pun dah berubah. Bak kata dalam lagu Rafeah Buang......luput sudah kejelitaan. Itulah kehidupan....