Saturday, October 18, 2008

Melawat Iqbal di SMSTSSS

Hari ini kami pergi melawat Iqbal di SMSTSSS Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kami beli ayam KFC untuk Iqbal. Kami makan bawah pokok di tepi padang bola SMSTSSS. Lepas makan, Iqbal, Lutfi dan Roslan baring sambil rehat dibawah pokok. Sempat juga merakamkan gelagat pelajar SMSTSSS dipondok talipon.






Friday, October 17, 2008

Roslan dan Pisang

Pagi ni A.H.Roslan Harahap menebas kawasan luar pagar rumah. Tanah sebelah Bagas Na Gambir ni belum dibuat rumah. Cukup semak. Selepas menebas, dia tebang pokok pisang yang kami tanam dibelakang rumah. Orang utara panggil pisang ni pisang "Abu Kelin" . Apa lagi, tengahari ni kami makan gulai pisang "Abu Kelin" la......

Utrecht dan Universiteit Utrecht

Pada tahun 2007, dalam perjalanan ke Palma De Mallorca, Sepanyol, kami singgah di Holland. Di Holland, kami pergi ke Utrecht berjumpa dengan kenalan kami, Edo Andrisse. (Edo baru-baru ini datang mengunjungi kami di Bagas Na Gambir). Edo membawa kami melawat bandar Utrecht dan Universiteit Utrecht. Di Universiteit Utrecht, kami sempat bertemu dan berbual dengan Profesor van Westen, penyelia tesis PhD Edo. Kami juga sempat bertemu dengan ibu Edo, seorang yang berasal dari Indonesia. Mereka membawa kami makan disebuah restoren Turki. Makanan yang dihidangkan cukup istimewa dan lazat. Terbayang lagi sampai sekarang....



















































































Wednesday, October 15, 2008

Dr. Edo Andriesse datang ke Bagas Na Gambir

Hari ni kawan kami dari Holland, Dr. Edo Andriesse datang ke Bagas Na Gambir. Dia datang bersama dengan teman wanitanya, Oszy, dari Thailand. Dr. Edo kini mengajar di Khon Kaen University, Thailand. Kami hidangkan lemang dan rendang ayam serta laksa johor kepada mereka.




















Friday, October 10, 2008

Kawan Lutfi Datang Beraya di Bagas Na Gambir


Hari ini kawan-kawan Lutfi Harahap (SMK Jitra) datang beraya ke rumah - Bagas Na Gambir. Masak mee goreng dan buat laksa johor aje.












Saturday, October 4, 2008

Lagi Kumpulan Seni Rela Bakti








Kenduri Jiran Sebelah Rumah


Semalam (3 Oktober 2008) balik ke Jitra. Hari ni (4 Oktober 2008), jiran sebelah rumah buat kenduri perkahwinan anaknya. Ada persembahan seni (serunai dan gendang) oleh Kumpulan Seni Rela Bakti. Khabarnya mereka adalah anak-anak muda dari Hutan Kampung, Alor Setar. [Gambar: NMM Siregar bersama ibu pengantin perempuan].