Friday, March 20, 2009

Jakarta, Puncak – Indonesia, bhg. 2

Kami naik ke bilik hotel dan berehat sebentar. Bancuh kopi....., kopi yang disediakan oleh pihak hotel dan makan biskut yang kami beli. Selesai masalah minum petang...!. Tak lama selepas itu ”Pak Roslan” (hubby) pun balik. Kata ”Pak Roslan” kami diundang sama untuk jamuan makan malam nanti. Lega......, ”save budget”. Pukul 8 malam kami turun kebawah untuk makan malam. Sedap makan kat hotel ni......, makan free....! he,he,he..... Semasa makan malam sempat juga berkenalan dengan perserta dan petugas-petugas seminar. Selesai makan, kami naik ke atas untuk tidur.

Seawal pagi, saya dan ”Pak Roslan” turun kebawah untuk sarapan. Anak-anak malas nak ikut sama dan ada yang masih tidur. Selesai sarapan kami naik ke atas. Sejam selepas itu ”Pak Roslan” turun kebawah untuk menghadiri seminar. Seharian ”Pak Roslan” di seminar tersebut. Kami anak-beranak menghabis kan masa dengan menonton tv di bilik hotel. Menarik juga rancangan-rancangan tv tempatan ni... dan tak kurang juga rancangan tv yang disediakan oleh pihak hotel. Anak-anak juga sempat berenang di kolam renang hotel tersebut.

Waktu makan tengahari dah tiba, laperrrr......!!!!, kami anak-beranak turun kebawah untuk mengisi perut. Tidak jauh dari hotel.., berjalan kaki selama 5 minit.., kami nampak restoran makanan segera Mc.D. Anak-anak terus saja meluru ke restoran tersebut. Sebelum masuk ke restoran ni, kami diperiksa.., bukan kami aje....semua pengunjung yang nak masuk ke restoran ini akan diperiksa - macam pemeriksaan nak naik kapalterbang. Baru saya ingat..., waktu itu, Jakarta baru saja dikejutkankan dengan letupan bom, Hotel JWW Marriot / bangunan..?, saya tak pasti yang mana satu. Sebab itu kawalannya agak ketat. Begitu juga semasa nak masuk ke hotel.

Selesai makan, perut pun dah kenyang, kami masuk ke gedung beli-belah ”Sarinah”, tak jauh dari restoran tadi. Saya dapat maklumat kalau tak silap, ”shopping complex” ini, yang pertama mempunyai ”escalator” di Indonesia. Ia dirasmikan oleh Presiden Sukarno. Memang nampak lama pun bangunan ni..., kebetulan ada ”renovation” pulak waktu itu.
Macam-macam ada disini.Saya tertarik di bahagian ”suvenior” di tingkat atas, tingkat 2 kalau tak silap. Banyak barang-barang ”kerajinan” (kraftangan) ada dipasarkan disini. Memang itu lah tujuan gedung ini dibuka kalau saya tak salah. Semua ”kerajinan” yang ada di setiap pelusuk Indonesia, dikumpulkan disini. Saya agak macam ”one stop center”.
Banyak barang yang menarik perhatian saya, antaranya batik, ukiran kayu, tembaga, seramik dan lukisan. Paling saya minati ialah lukisan minyak. Setiap kali melancong itulah yang akan saya cari dan beli dulu. Buatannya halus dan “berkualitas”, ”keren” (grand) gitu.....!!!.. Rasa macam nak beli semua….. Masalahnya “ongkos” tidak “mengijinkan”.
Macammana pun saya beli juga lukisan minyak yang berkenan dihati tanpa pengetahuan ”Pak Roslan”. Lukisan tu berharga kurang lebih 500 ribu.........!!!, Rupiah.....!!, lebih kurang RM 250 aje. ( Orang Malaysia kalau pergi ke Indonesia terus jadi jutawan). Masa tu tak bawah ”cash”, guna duit plastik...., ”tenyehhhhh” dan sain aje..., mudah....!.

Saya teringat pada kata-kata salah seorang kenalan. Kata beliau, bila melancong ni, kalau ada barang yang berkenan dihati...beli aje..! (kalau mampu) ”Biar menyesal membeli, jangan menyesal tak beli” bukan selalu nak datang ke tempat tersebut atau kalau datang lagi pun, barang yang kita nak tu mungkin dah tak ada. Teringat kata-kata tu lah saya beli, lagipun saya yakin ”Pak Roslan” tak marah sebab dia dah ”masak” dengan tabiaat saya. Disamping tu ada juga beli buah tangan untuk ”orang tua” dan adik beradik di kedua-dua belah pihak. Urusan saya dah selesai (shopping), kini giliran anak-anak pulak. Mereka beli apa yang mereka berkenan. Barang-barang yang mereka pilih tu, tak lah mahal sangat. Kemudian kami beli makanan untuk kudap-kudapan – biskut, buah-buahan, coklat dan sebagainya. Kami berjalan kaki pulang ke hotel. Bersambung...............
Nota: Sebenarnya kami bertolak dari KL ke Jakarta pada 30hb. Nov. 2004.

Tuesday, March 17, 2009

Jakarta, Puncak, INDONESIA

Lama sudah tak bercerita dalam ruangan ni. Terleka sebentar dengan ’facebook”. Kali ini nak cerita pengalama pergi ke Jakarta dan Puncak di Indonesia.

3hb. Dis. 2004, kami sekeluarga mengiringi A.H.Roslan ke Jakarta. A.H.Roslan salah seorang pembentang kertas kerja di International Seminar on Mapping Poverty in Southeast Asia yang di ajurkan oleh SMERU Reserch Institute dan Ford Foundation. Kami tumpang sekaki, bak kata orang putih ”killing two birds with one stone” atau orang melayu kata ”sambil menyelam minum air” sambil bekerja terus melancong. Kebetulan waktu itu cuti sekolah akhir tahun.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Jakarta mengambil masa lebih kurang 3 jam. Kami menaiki pesawat yang bercogankata ”Everybody Can Fly”. Sampai di Cengkareng Sukarno-Hatta International Airport, hati terpesona dengan ciri dan rekabentuk bangunan ”bandara” tersebut (bandar udara, menurut penduduk tempatan). Unik..., semuanya terungkai disini, jatidiri, kebudayaan, semangat patriotik dan sebagainya ada di bangunan ini, pada pandangan saya. Kami menaiki teksi ”Blue Bird”untuk ke Hotel Sari Pan Pacific yang terletak di Jalan Tamrin. Untung nya waktu itu jalanraya tidak terlalu ”macet”.

Sampai di Hotel Sari Pan Pacific, kami teruja. Pihak penganjur seminar menyediakan bilik ”suite” untuk A.H.Roslan. Kami tumpang sekaki. Anak-anak apa lagi...., terus meloncat diatas katil. Lucu......., beberapa minit kemudian kami menerima panggilan dari pihak hotel. ”Selamat sore buk....! mohon maaf....., anak-anaknya diminta jangan melompat diatas kamar...!”, haitt...mana dia tahu lak......???, mereka, pihak hotel dapat aduan (complain) dari penghuni tingkat bawah. Malu pulak rasanya, macam tak pernah masuk hotel.

Keesokan hari, selepas sarapan pagi di hotel, A.H.Roslan menghadiri seminar yang diadakan di bilik seminar hotel tersebut. Kami anak beranak di bilik pula menerima kunjungan sahabat kami, Ibu (Puan) Dina Wilistra, ”jiran tetangga” kami masa di UK dulu. Dina tinggal di kawasan Cenere, Jakarta Barat, kurang lebih satu jam menaiki kenderaan ke kota Jakarta. Dina bersama anaknya Rafi Joksono (Bijaksana) - waktu itu berusia 4 tahun, membawa kami pergi melawat ”Monas” (National Monument) dengan Pak ”supir”nya. Kami menaiki kereta ”Kijang” milik Pak Dr. Danny Wilistra (suami Dina), ”mobil” yang disediakan oleh pihak ”kantor”nya. Kebetulan suami Dina berada di Palembang atas urusan kerja waktu itu. Lama juga kami mengelilingi kawasan ”Monas” ni. Kata Dina (bergurau agaknya) sewaktu gawat –ekonomi meleset tahun 97’ – ramai rakyat Indonesia menyarankan agar kubah ”Monas” itu diturun kan, di jual emas nya, untuk membiayai perbelanjaan negara. Kubah ”Monas”ini disaluti oleh emas 24 karat. Ada lah beli ”kaus” (t-shirt) untuk anak-anak buat kenang-kenangan.

Penat berjalan perut pun dah berkeroncong, dah waktu makan tengah hari. Saya serahkan kepada Dina, ke mana dia nak bawa kami untuk makan tengah hari. Kata Dina, anak-anak tentu suka makan di ”Awee”. Penat lah saya memikirkan apa ke benda ”Awee”tu..... Saya diam dan mengiakan aje... Sampai di Mall (food court) saya tergelak sorang-sorang, ini rupanya “Awee” tu….!!!!.
Restoran makanan segera, A&W. Kami pun pesan lah makanan…, ini lah pertama kali saya makan, makan segera (ayam goreng) yang di hidangkan dengan nasi (waktu itu di Malaysia tak ada lagi, sekarang dah ada). Setelah kenyang, kami dibawa ke shopping complex. Ada lah kurang lebih 2 jam kami disini.

Kemudian kami dibawa “muter-muter” di bandar Jakarta, mak oi...., punya lah luas dan besar Jakarta ni, kalah KL dan berkali-kali ganda besarnya. Penduduk Jakarta sahaja 27 juta orang, sama dengan penduduk di Malaysia. Kadang-kadang kita memandang rendah pada orang Indonesia di Malaysia. Walhal orang Indonesia lebih ”advance” daripada kita, pada pandangan saya. Cara mereka berhujah saja sudah cukup membuktikannya. Cuba lihat cara artis-artis Indonesia menjawap soalan yang diajukan oleh wartawan di Malaysia. Petahnya mereka!!!.

Saya kaget bila Dina menunjuk kan kawasan ”unjuk rasa” yang disediakan oleh pihak pemerentah yang terletak di kawasan strategik, berhampiran dengan kawasan kedutaan. Waktu kami melewati kawasan tersebut ada 2 orang yang tengah “unjuk rasa”. Tak sempat nak baca poster yang mereka bawa dan apa yang mereka“proteskan”. Ini baru betul....!!! ko lepaskalah apa saja yang ko rasa tak puas hati kat sini, yang bestnya ”Pak Polisi” senyum dan tengok aje!!. Kami juga melewati kawasan yang baru kena ”bom” waktu itu. Kata orang Indo (bukan Indon ye......, mereka cukup marah kalau kita bahasa kan Indon, kalau Indo... tak mengapa) ia di dalangi oleh orang Malaysia........seorang yang berkelulusan Ph.D.

Sekejap......!, saya teringat......!, Nov. 2008, sewaktu kami menghantar Mama (”Tanter”) dan Dina serta adiknya di Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang tahun lalu. Waktu itu sedang menunggu kaunter ”chek-in” dibuka.....”Ngobbrol-ngobbrol”....... Mama menanyakan kepada ”Hubby” kenapa orang Malaysia tu.... ”tega” bebuat demikian terhadap orang Indonesia (mengebom), sedangkan kita serumpun. Ada sedikit kekesalan pertanyaan itu. Simple aje ”Hubby” jawap......., ”Sebab....Tok Gurunya orang Indonesia” selepas itu...”Tanter” jawap ”Oh iya.....!!!”.

Selesai “muter-muter” di kota Jakarta kami di hantar ke hotel. Kami mengucapkan terima kasih kepada Dina dan Pak “supir”nya. Dina berjanji akan datang semula bersama Pak Danny setelah Pak Danny pulang dari Palembang. Mereka berhajat membawa kami ke rumah mereka dan ke rumah Mama (mak Dina) dan ke ”Puncak” setelah urusan ”Pak Roslan” selesai. Bersambung.........